Dia buat perangai lagi. SDN dah dipadam.
Panteklah. Itu saja yang mampu aku luahkan dalam cubicle sempit aku.
Biar apa pun sebab atau alasan yang dia beri kali ini, peribadi ke politik ke, aku tak kira. Aku tak peduli semua itu. Sebab aku ada teori aku sendiri.
Nasib baik aku langgan RSS SDN. Entri terakhir SDN semalam berbunyi amat marah dan kecewa. Ayat terakhir bertulis “See you in hell, assholes.”
AKAB adalah sebenarnya Syaitan. syaitan yang pakai teknologi komputer untuk berbisik kat telinga manusia. Dia tak lagi guna cara lama, dengan pelan-pelan duduk kat tepi telinga. Syaitan sekarang dah maju. Dia gunakan komputer. Macintosh lagi kalau tak silap aku. Pelan-pelan dia bisik, melalui cerita-cerita kelakar yang dia tulis.
“Pergi baca buku-buku yang diharamkan!”
“Jangan jadi hipokrit.”
“Jangan jadi pongget!”
“Belanja aku beer!”
Dan macam-mkacam lagi.
Kita kaji SDN yang mula-mula. Apa yang dia sebut sebagai SDN 1.0: beroperasi sejak bulan April 2006. Aku terjumpa blog ni sekitar bulan Mei tahun yang sama. Aku terus lekat. Syok gila layan-layan hari-hari. Aku suka cerita-cerita dia. Aku suka komen-kopmen pembaca. Gila kelakar. Gila radikal. Genap enam bulan, September 2006, dia padam.
Enam.
Bulan April 2007, SDN 2.0 muncul. Semua orang lega kembali. Kemunculan semula ini disambut dengan meriah. Pembaca bertambah. Cerita-cerita semakin best. Syok. Walaupun kali ini agak mellow. Emo. Patah hati kot. Apa-apalah. Siap buat t-shirt. Laris macam karipap sardin pasar Ramadhan depan rumah aku ni. Berebut-rebut orang beli lepas tu eksyen memodelkan baju SDN. Genap enam bulan, September 2007 (semalam), dia padam.
Enam. Enam.
Kalau teori aku ni betul, kita tak perlu risau. Dalam masa enam bulan lagi, SDN 3.0 akan muncul. Dan enam bulan selepas itu, akan dipadam.
Enam. Enam. Enam.
The number of the beast!
Selepas itu, langit akan runtuh. Dunia akan kiamat. Syaitan akan menguasai dunia. Kita semua akan betul-betul masuk neraka sebab terpedaya dengan cerita-cerita lawak AKAB.
Betul tak, setan?
(Aku tau kau mesti baca punya! Apa-apa pun, take a good rest, brother. Walaupun kau tak memblog, kau sentiasa dijemput ke blog aku untuk beromen dengan pembaca-pembaca aku. You rock!)
Friday, September 21, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

6 comments:
Kelakar! ;-)
tima kaceh. :)
*giggles*
This is so funny. and TRUE!
heh.. macam real!
teori yg bagus. heheh..
kau ada save yg 1.0 tak?
aku ada complete 2.0 (sampai satu hari sebelum ramadan), haha. amacam, mau trade?
he's proving u wrong. huhu~ neway, good lah u cucuk him to recreate the hell. hehe
Post a Comment